Cerita Bahasa Malaysia: Kura-kura dan Arnab
Pada zaman dahulu ada seekor arnab yang sangat
sombong. Dia amat berbangga dengan kepantasan dia berlari. Suatu hari, dia
terjumpa seekor kura-kura yang berjalan amat perlahan. Lalu, ketawalah sang
arnab dengan sekuat hatinya.
Dalam kesombongannya itu, dia telah mengajak
sang kura-kura berlumba lari. Walaupun sang kura-kura tahu bahawa dia akan
kalah, namun sang kura-kura tetap menyetujui untuk bertanding dengan sang
arnab.
Tiba di hari perlumbaan, kedua-dua haiwan ini
pun berlumba lari. Seperti yang diduga, Sang Arnab mendahului perlumbaan
tersebut. Akan tetapi, sampai di sebatang pokok, berhentilah Sang Arnab lantas
tertidur kerana dia yakin bahawa sang kura-kura pasti tidak dapat melepasinya
walaupun dia tidur.
Apabila sang arnab terbangun dari tidur, dia melihat sang kura-kura telah hampir
dengan garisan penamat. Maka berlarilah sang arnab dengan seku-kuatnya. Namun,
sang arnab tidak berjaya mendahului sang kura-kura ke garisan penamat. Maka
kalahlah sang arnab dalam perlumbaan tersebut.
Moral of the story: Jangan sombong dan
memperkecil-kecilkan orang lain..