Cerita Bahasa Malaysia

Cerita Bahasa Malaysia: Kura-kura dan Arnab

Pada zaman dahulu ada seekor arnab yang sangat sombong. Dia amat berbangga dengan kepantasan dia berlari. Suatu hari, dia terjumpa seekor kura-kura yang berjalan amat perlahan. Lalu, ketawalah sang arnab dengan sekuat hatinya.

Dalam kesombongannya itu, dia telah mengajak sang kura-kura berlumba lari. Walaupun sang kura-kura tahu bahawa dia akan kalah, namun sang kura-kura tetap menyetujui untuk bertanding dengan sang arnab.

Tiba di hari perlumbaan, kedua-dua haiwan ini pun berlumba lari. Seperti yang diduga, Sang Arnab mendahului perlumbaan tersebut. Akan tetapi, sampai di sebatang pokok, berhentilah Sang Arnab lantas tertidur kerana dia yakin bahawa sang kura-kura pasti tidak dapat melepasinya walaupun dia tidur.
Apabila sang arnab terbangun dari tidur, dia melihat sang kura-kura telah hampir dengan garisan penamat. Maka berlarilah sang arnab dengan seku-kuatnya. Namun, sang arnab tidak berjaya mendahului sang kura-kura ke garisan penamat. Maka kalahlah sang arnab dalam perlumbaan tersebut.
Moral of the story: Jangan sombong dan memperkecil-kecilkan orang lain..


6 comments:

  1. Terima kasih kerana memperkenalkan cerita ini. Saya boleh menggunakan cerita ini untuk pertandingan bercerita pada tahun depan.

    ReplyDelete
  2. Boleh dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar...Harap boleh kongsi.

    ReplyDelete
  3. Cerita ini sudah lama didengar tetapi masih segar dalam renungan. Bahan ini boleh membantu saya untuk mengajar murid.

    ReplyDelete
  4. Cerita ini sangat sesuai untuk murid tahap satu.

    ReplyDelete
  5. Dapat menarik minat murid - murid terutama bagi murid - murid Tahap 1 kerana mereka suka mendengar cerita seperti ini.

    ReplyDelete
  6. Cerita menarik dan sesuai untuk murid-murid tahap satu.

    ReplyDelete